Kementerian Industri Utama (MPI)    
 
Maklum Balas Baharu   Maklum Balas Baharu Semak Maklum Balas   Semak Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
Mengenai Kami
Pada tahun 1972, Kementerian Perusahaan Utama (KPU) telah diwujudkan untuk memajukan industri komoditi negara yang berupaya memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara. 

Pada peringkat awal penubuhannya, KPU hanya memberi tumpuan kepada pembangunan dua komoditi utama iaitu bijih timah dan getah. Peranan KPU kemudiannya telah dikembangkan meliputi pembangunan komoditi lain seperti kelapa sawit, koko, perhutanan dan kayu-kayan, mineral, nenas serta tembakau yang didapati turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara. 

Pada tahun 2004, KPU telah distrukturkan semula dan dikenali sebagai Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK).  Penstrukturan semula ini melibatkan perubahan bidang tanggungjawab, dimana Jemaah Pemasaran Lada Hitam (JPLH) dipindahkan daripada Kementerian Pertanian kepada KPPK manakala tanggungjawab berkaitan perhutanan, mineral dan geosains dipindahkan ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Tanggungjawab utama lain kementerian masih dikekalkan.

MPIC telah melakukan penjenamaan semula ke atas singkatan nama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Kementerian Industri Utama dan kini ia dikenali sebagai MPI.
Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader